Content

Salam Perkenalan...

Tuesday, October 18, 2011
Tinggi-tinggi si Rama-rama,
Hinggap sebentar di atas dahan;
Ahmad Fariz diberi nama,
Hai semua, salam perkenalan.

Ahmad Fariz Azhar, yang juga dikenali sebagai Kong dikalangan sahabat handai dilahirkan pada 2 Jun 1986 di Petaling Jaya, merupakan tambahan baru kepada Darkspoon Photojourney yang namanya sedang meningkat naik. Anak sulung kepada 3 adik beradik ini telah mula menunjukkan minat di dalam bidang fotografi semenjak di bangku sekolah menengah lagi di mana diri beliau merupakan ahli sulung Kelab Fotografi Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 2000. Sebelum memiliki kamera sendiri, jejaka berkulit hitam manis ini giat mengambil gambar menggunakan Point & Shoot Camera dan kebanyakan gambar dikongsikan bersama alam siber di laman Flickr beliau. Sekarang bekerja sebagai seorang Jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas Malaysia, beliau akhirnya berjaya membeli sebuah kamera DSLR yang merupakan peralatan asas untuk turut serta di dalam kumpulan Darkspoon Photojourney ini. Menganggap diri beliau sebagai insan yang baru setahun jagung berkecimpung di dalam bidang fotografi, masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Beliau amat berharap rakan-rakan photographer sekalian dapat memberikan tunjuk ajar serta komen dan kritikan yang membina yang sudah pastinya akan menjadikan beliau seorang photographer yang lebih baik.


I can always be contacted via email: ahmadfariz.azhar@gmail.com
Look forward to be a value added person in this group
=)

1 comments:

Mimin at: 2:31 PM said...

wah ade lg sorg!! yeay! jgn lupe date aku 12th feb 2012 tau

Photojourneys

Photojourneys
All images copyrighted by Tecnicreative Enterprise 2013 (Brand owner of DarkspoonPhotojourney). Please do not use our images without our consent. Permissions are only limited for non-commercial purpose only with terms and conditions applied

Welcome!

Welcome to DarkspoonPhotojourney. The best way to describe your memories. We are professionals in engineering background but have very strong enthusiasm towards photography with 3 years experiences. Especially when capturing peoples and precious moments around us

Here we offers photography services for almost every occasion with a very competitive packages and price! Dont hesitate to contact us at inquiry@darkspoonphoto.com. We'll get back to you as soon as possible!